20 May 2019
DIGELAR SEBAGAI PEMUZIK 'SEDERHANA' - YUNA BERI JAWAPAN 'WIN'
Kembali membidas kenyataan yang diberikan oleh seorang perkritik terhadap muzik yang diperjuangkan olehnya, penyanyi Yuna yang membalas kritikan itu, Yuna dalam satu muatnaik ke laman web Tidal menegaskan bahawa dia bangga dengan identitinya sebagai artis 'Malaysia-Amerika Muslim'.
Sejak melancarkan muzik terbaharunya, Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna disifatkan oleh seorang pengkritik sebagai pemuzik 'sederhana' yang tidak akan diberi perhatian jika bukan kerana identiti uniknya sebagai warga Malaysia yang beragama Islam.
Kata Yuna, kritikan tersebut dibuat menerusi blog muzik tempatan yang disifatkannya sebagai 'Pitchfork-wannabe'. Pitchfork merupakan portal dalam talian dari Amerika Syarikat yang bertumpu kepada berita muzik. Kenyataan Yuna itu dianggap sebagai reaksi kepada komen yang dibuat oleh laman web The Wknd yang membuat ulasan muzik tempatan.
Pada April 9, The Wknd memuat naik kompilasi ulasan beberapa muzik terbaharu, termasuk Forevermore oleh Yuna yang mendapat rating 4 daripada 10. Mengulas mengenai lagu tersebut, seorang penulis bernama Azzief bersetuju dengan kenyataan bahawa "kesederhanaan Yuna tiada had".
Klik untuk gambar besar
Tambahnya, lagu itu "mudah dilupa" dan tidak akan menjadi popular jika bukan kerana identitinya. Penulis tersebut turut berkata bahawa melodi syair disertakan dengan alunan kompang Melayu tradisional pada permulaan lagu Forevermore, seolah-olah sinikal kerana ia dihentikan serta-merta apabila lagu mula merancak.
Dalam ulasannya yang berjudul "Yuna is Not Just An Asian Musician", Yuna menegaskan bahawa dia tidak akan cuba untuk menyembunyikan identitinya sebagai wanita yang bangga berlatarbelakangkan asalnya dari Malaysia dan agama Islam.
"Apa-apa muzik saya cipta, semuanya datang daripada filem Bollywood pada waktu tengah hari, pantun klasik Melayu, kotak karaoke berlampu neon, 'rock kapak', seruan azan - dan seluruh dunia tiada pilihan selain untuk menerima saya seadanya," akhiri Yuna dalam tulisannya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Astro Awani
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment