19 May 2019

UMUM JANTINA 27 MEI INI - SARIMAH IBRAHIM KEKAL AKTIF BERSENAM HINGGA BERSALIN


"Sebelum Ramadan, saya melakukan senaman pilates sekali seminggu, latihan berat dua kali seminggu dan senaman kardio 30 minit setiap hari seperti 'eliptical trainer' dan 'uphill walking'. Sesuai dengan usia kandungan saya masih boleh bersenam tetapi yang ringan setiap malam selepas solat Isyak.





"Saya pastikan makanan penuh protein, kalsium dan kurang gula mengikut nasihat doktor. Insya-Allah, saya harap boleh mengekalkan tenaga dan tahap kesihatan untuk teruskan aktiviti senam sehingga proses bersalin nanti,” demikian kata pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim, 41.

Meskipun hamil tujuh bulan, Sarimah masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan. Bagaimanapun, Sarimah berkata dia perlu memperlahankan aktiviti itu atas nasihat doktor.

Ditanya mengenai berat badannya pula, kata Sarimah, setakat ini hanya naik 6.5 kilogram kerana sering bersenam dan menjaga pemakanan. Sarimah juga menasihati wanita hamil yang mahu bersenam supaya mendapat nasihat doktor terlebih dulu kerana keperluan tubuh setiap individu berbeza.

"Wanita hamil juga digalakkan menghadiri kelas persediaan menyambut kelahiran bersama jurulatih khas. Jika sebelum ini, anda berjoging selama 45 minit, kali ini cuba berjalan 'Uphill' 30 minit. Kalau sudah biasa buat 'Circuit training' dengan berat, kali ini kurangkan berat dan buat perlahan sikit.

Klik untuk gambar besar


"Selain itu pastikan minum air dua hingga tiga liter sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan," ujarnya yang ditemui di majlis melenggang perut mengikut adat istiadat Diraja Melayu yang berlangsung di Istana Nurul Jannah di Changkat Tunku, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri ibu mentuanya, Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah.

Kata Sarimah, jika wanita hamil sudah biasa bersenam dan tiada masalah kesihatan, boleh untuknya meneruskan aktiviti itu. Perkembangan lain, Sarimah akan mengumumkan jantina bayi dalam kandungan pada majlis yang akan diadakan pada 27 Mei ini.

"Menurut kajian sains dan penyelidikan membabitkan ibu mengandung, digalakkan bersenam setiap hari untuk mengelakkan atau mengurangkan sakit badan, lemah, 'gestational diabetes', obesiti bayi dan kemurungan selain dapat membantu memudahkan proses bersalin.

"Saya sudah menjalani pemeriksaan untuk mengesan jantina bayi dalam kandungan. Doktor beritahu bayi dalam kandungan saya membesar dengan sihat. Saya sangat teruja dan berdebar menanti kelahirannya nanti," jelasnya.



Walaupun sarat, Sarimah berusaha menjalani ibadah puasa pada minggu pertama Ramadan. Namun, dia terpaksa akur dengan saranan doktor kerana menghidap demam bronkitis selama lima hari.

"Doktor tidak membenarkan saya berpuasa kerana tekanan darah menurun dan badan kekurangan air pada hari pertama dan kedua saya cuba berpuasa. Saya terpaksa akur dengan arahan doktor kerana kesihatan bayi dalam kandungan perlu diutamakan," katanya.

Sarimah yang berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015 itu turut berkongsi tiada masalah masuk dapur untuk menyediakan juadah sahur suaminya setiap hari.

"Saya memang cerewet bab makan minum suami. Dia juga tidak suka makanan terlalu berat ketika bersahur. Biasanya saya akan sediakan roti gandum penuh, telur dadar dan minimum protein supaya badannya bertenaga sepanjang hari," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sarimah Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: