30 May 2019

"TAU PULAK NAK MENGAMUK... U THINK I CARE..." - RESPON FATHIA ISU 'KENING'


Menerusi laman Twitter baru-baru ini, seorang netizen meluahkan rasa berang dengan pelakon Fathia Latiff yang dikatakan menghina bulu keningnya bersepah.





Baru saja reda kontroversi panas selepas membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung selepas tiga tahun berhijab, nama Fathia sekali lagi menjadi bulan ramai apabila didakwa bersikap biadap dengan orang awam pula.

Menurut gadis tersebut, Fathia mendekatinya untuk bertanyakan lokasi kedai di sebuah pusat membeli belah terkemuka ibu kota. Namun, tiada angin atau ribut, secara tiba-tiba pelakon itu mengkritik bentuk kening gadis tersebut.

Klik untuk gambar besar


Lebih mengejutkan, gadis itu mendakwa Fathia turut memarahi rakannya kerana tidak menegur keningnya bersepah. Kesal dengan sikap Fathia, gadis itu berkata bergelar selebriti tidak bermakna seseorang itu boleh sewenang-wenangnya bersikap kurang ajar dengan orang lain.

Perkongsian gadis itu tular dan turut mendapat perhatian Fathia yang memberikan respon berkenaan isu tersebut menerusi InstaStory. Fathia memberitahu dia tidak terkesan dengan isu berkenaan dan tidak peduli dengan kecaman netizen.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: