29 May 2019

NONNY DEDAH PELAKON LELAKI 'MR AA' KAKI PEREMPUAN, CURANG DENGAN ISTERI


Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah memuatnaik foto lelaki yang dikatakan seorang pelakon kaki perempuan dan ia telah mencetuskan spekulasi hangat di media sosial. Nonny meminta agar lelaki berkenaan bertanggungjawab dengan perbuatannya.





Menurut Nonny lagi, lelaki yang dikenali sebagai 'Mr AA' itu sudah berkahwin tetapi seorang yang suka berfoya-foya dan beberapa kali berlaku curang dengan isterinya. Sering menggunakan ayat-ayat manis untuk mempermainkan hati dan memperdayakan wanita. Aduhai, satu demi satu kes kecurangan didedahkan, siapa pula Mr AA ini?

Tambahnya, pendedahan yang dilakukan pada malam Selasa ini adalah amaran pertama buat lelaki berkenaan. Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu turut meletakkan tanda pagar #sayahanyatolongmenyampaikan dan #sudahsudahlaaniayaorang.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nonny turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang berani untuk menimbulkan masalah tanpa menyelesaikan perkara itu secara baik. Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berharap agar pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menjadi seorang yang bertanggungjawab tanpa membuat sebarang drama.

"Drama atas drama. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Kalau dah tak nak settle cara baik, bukan main belah bro. Nak discus cara baik kau tak nak, siap hina dia lagi. Tak gentle, busuk bro," tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Nonny bersama pihak tersebut.

Namun, Nonny tidak mendedahkan status itu ditujukan kepada siapa dan punca sebenar dia memuatnaik status tersebut di media sosial. Nonny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun. Namun, pada awal Mac lalu Nonny mengesahkan rumah tangga yang dibina kurang tempoh setahun bersama Mustain telah sampai ke titik noktah.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: