29 May 2019
CHEF FIKREE: "TIADA APA HENDAK KOMEN, INI DEMI JAGA AIB ISTERI, ANAK & KELUARGA"
Enggan mengulas lanjut mengenai isu dirinya curang dengan wanita berstatus isteri orang, cef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan berkata tindakannya itu adalah untuk menjaga aib isteri dan keluarganya: "Tiada apa-apa yang hendak saya komen. Ini demi menjaga aib isteri, anak dan keluarga," katanya ringkas.
Semalam, isu rumah tangga Fikree bersama isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mula menjadi bualan netizen selepas wanita melakukan pendedahan mengenai sikap suaminya dilaman Instagram miliknya, @zuriehanbenyahya. Zuriehan juga turut mendedahkan Fikree pernah berbalas mesej berunsurkan lucah dengan seorang pengacara televisyen.
Fikree mula dikenali dengan program masakan 'Hello Bro Tolong Masak' dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan 'Dapur Panas'. Untuk rekod, Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment