10 June 2019

ADIK TERLIBAT DALAM KEMALANGAN - AFDLIN SHAUKI MOHON DOA SEMUA


Pelakon Afdlin Shauki atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 48, menerusi laman Instagram telah memohon orang ramai mendoakan adiknya, Jefri Adzman Aksan yang mengalami pendarahan otak selepas terlibat dalam kemalangan pada Ahad itu pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.





"Ya Allah kau selamatkanlah adik aku Jefri Adzman Bin Aksan yg baru sahaja di timpa kemalangan tadi (semalam). Dia akan masuk ke surgeri pukul 6.30 petang ini (semalam) utk membuat pendarahan di otaknya. Dia adalah adik yg terbaik yg mana mana abg akan ada.

"Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala. Aku hambamu yg hina memohon padamu ya Allah... selamatkanlah beliau!.... kepada semua kawan kawan dan saudara mara tolonglah doakan beliau pulih seperti sediakala dan di permudahkan segala urusan.

"Jef kena kuat! You can make it dik! You are strong!! Stronger than me!! Tolong doakan sahabat!," tulis Afdlin yang menerima komen dimana rata-rata pengikut di laman sosial turut mendoakan agar adiknya dipermudahkan urusan dan pulih.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Afdlin Shauki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: