10 June 2019
"IBU MINTAK MAAF..... IBU TAK DENGAR CAKAP DOKTOR....." - FASHA ALAMI KEGUGURAN
Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi berita sedih dimana dirinya yang baru mengandung anak pertamanya bersama suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz itu mengalami keguguran. Berita tersebut bersama ucapan memohon maaf buat suami dan anak-anaknya.
"Ibu mintak maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2 😔. Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2, buat kerja, sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.
"Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik 😔. To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I'm deeply saddened to tell you I've miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini.
Klik untuk gambar besar
"@itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha. Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan 'Anak Syurga' ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika. #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah," tulis Fasha.
Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac lalu itu mengumumkan dia hamil selepas dua bulan perkahwinan mereka. Untuk makluman, Fasha mempunyai sepasang cahaya mata, Putra Rayfal, 6 dan Putri Raysha Jemyma, 5, hasil perkahwinan dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Fasha Sandha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment