19 June 2019

AINUL MARDHIAH DAH BOLEH BERNAFAS SENDIRI TANPA OKSIGEN


"Alhamdulillah, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen. Sekarang ainul boleh bernafas sendiri," demikian tulis bapa Ainul, Ahmad Safiuddin kelmarin.

Selain tidak perlukan oksigen, Ainul turut dikunjungi Tun Dr Mahathir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bagi mendoakan yang terbaik buat Ainul.





"Terima kasih kami ucapkan kepada Pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan seperti pusat zakat melaka, majlis agama islam melaka dan wakil rakyat yang telah membantu kami.

"Tidak tertinggal juga kepada Doktor doktor yang telah merawat ainul sebelum ini, Ngo-Ngo, Ahli koperat, rakyat malaysia dan pihak pihak lain yang telah banyak membantu memudahkan urusan kami.



"Tiada kata lain boleh kami katakan, tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa, anda semua telah buat satu perkara yang baik dan mulia di sisi Tuhan.

"Tuhan akan mengira setiap usaha baik tuan/puan yang telah tuan/puan lakukan di akhirat kelak.

"Thank you to All the doctors ( Malaysia & UK ) kerana anda semua adalah insan yang sentiasa mahukan terbaik buat ainul," tambah Ahmad melalui laman sosialnya.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: