18 June 2019

SAH BERCERAI KALI KE-4 (ARIFF AZIZ): "JUJURNYA SAYA AMAT GEMBIRA..." - A. AIDA


"Jodoh di tangan Allah, siapa yang mahu berkahwin untuk bercerai? Semua orang mahu perkahwinan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun saya terima perceraian ini yang hanya mampu bertahan tak sampai setahun.





"Kami bercerai dengan talak satu selepas bersetuju untuk menamatkan perkahwinan ini secara baik. Jujurnya saya amat gembira dengan perceraian ini," ujar penerbit terkenal, Datuk A. Aida, 48, yang mengesahkan bukan lagi isteri kepada pelakon Ariff Aziz, 30, dan rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama 10 bulan.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, sebentar tadi, A Aida mengaku sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Bercerai secara baik, bagaimanapun, A Aida enggan mendedahkan punca perceraian mereka. Menurut A Aida lagi, beliau reda di atas apa yang berlaku namun mengakui gembira untuk kembali solo.

Dalam pada itu, A Aida memberitahu mengikut perancangan majlis resepsi perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada 20 April lalu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 tahun, namun keretakan rumah tangga mereka berlaku lebih awal. A. Aida berkata, dia memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu: "Saya anggap jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai".

Jelas A. Aida, dia mengambil keputusan untuk membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelak salah faham, sekali gus meleraikan spekulasi mengenai status dia dan bekas suami: "Hidup mesti diteruskan dan saya kini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman. Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami".

Klik untuk gambar besar


Untuk rekod, pasangan itu mula berkenalan ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida pada 2015, namun bibit cinta mula bersemi sejak awal tahun lalu. Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama.

Ariff sebelum itu, membuat kejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara dengan memberi sebentuk cincin sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 21 Julai 2018. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan pertama bagi Ariff, manakala keempat buat A. Aida.

Terdahulu, A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10. A. Aida pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: