02 June 2019

"AKU MAAFKAN YANG PERLEKEH KEHIDUPAN AKU" - REZA AMBIL UPAH PASANG SILING


Rata-rata mempertikaikan niat pelakon Reza Hasbi untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan selepas dirinya meluahkan tidak menerima tawaran berlakon sehingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.





Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuah Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi rezeki: "Aku tak malu dgn kehidupan aku seperti mereka perkatakan.. walaupon aku artis tapi aku sedar dimana aku dulunya.. Aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.. Ni mase aku takde jop sebelom pose hari tu..

"Aku ambik upah buat siling rumah org.. nampak tak atas kepala aku tu.. itu la hasil tangan aku.. aku tak malu berpakaian seperti itu.. Aku tak malu badan aku bau ketiak.. aku cari rezeki utk anak isteri aku.. Jgn disbbkan perkataan aku rase mcm nk mintak zakat korg memaki hamun aku ikut sesuka hati.. aku maafkan dgn senang hati sbb ramai sangat yg nembantu dan mendoakan aku.. sayang korang semua 😘😘😘," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Reza sebelum ini pada Jumaat mendedahkan di berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu baoa demi meneruskan kehidupan. Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Pelakon drama 'Dia Menantu Rahsia' ini juga ada meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Bagaimanapun, menurut penerbit Datuk A. Aida, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Reza Hasbi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: