02 June 2019
SHUIB DIGELAR 'SUAMI DAYUS' KERANA MOTOSIKAL - SITI SARAH LUAH RASA PELIK
"Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yg dayus... Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.
"Yang saya tak faham, lelaki2 ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yg dianggap dayus. Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka sekiranya kata2 mereka meyakiti suami ku... Amin ❤️," demikian kata penyanyi Siti Sarah Raisuddin di laman Instagramnya.
Impian pelawak Shuib untuk memiliki motosikal idaman tercapai setelah menerima keizinan isterinya. Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang kecaman netizen sehingga ada yang menggelarnya sebagai 'suami dayus'. Gara-gara tuduhan itu, Sarah dalam kenyataan yang dimuatnaik menegaskan tindakan suaminya yang berterus-terang dalam sesuatu perkara bukanlah sifat seorang 'lelaki dayus'.
Klik untuk gambar besar
Bersama kapsyen tersebut, Sarah turut berkongsi keratan artikel sebuah portal yang menulis mengenai kritikan netizen terhadap suaminya. Pada Jumaat lalu, Shuib memuatnaik foto dia bersama sebuah motosikal jenama Ysuku yang baru dibeli: "Salam Jumaat,,,, Akhirnya dpt juga... Alhamdulillah... penat pujuk @sitisarahraissuddin 😠#ysukuShuib #ysuku #manakroniysuku #V2 #belidulubarupujukbini".
Disebabkan kapsyen tersebut, ada netizen meninggalkan komn meminta Shuib bersikap tegas dan tidak mudah tunduk kepada arahan isterinya yang dinikahi pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin itu.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Siti Sarah & Shuib Sepahtu
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment