20 June 2019

AKUI 4 TAHUN DENGAN MIMI LANA - SYAFIQ KYLE KURANG SETUJU 'SAHAM JATUH'


"Saya tak sorok kisah cinta saya... Sembunyikan pun tidak. Cuma, saya tak pernah kongsikan kisah peribadi kerana tiada apa yang perlu dihebahkan. Sebenarnya, ramai yang tahu saya menjalin hubungan dengan Mimi. Tahun ini usia hubungan kami memasuki tahun yang keempat.





"Cuma, jika ada yang mahu menggandingkan kami dalam satu sesi fotografi, kami agak keberatan kerana tak banyak perkara yang boleh dikongsikan. Melainkan jika kami digandingkan dalam satu naskah, barulah ada perkara yang boleh diperkatakan nanti," kata pelakon Syafiq Kyle, 27, yang menafikan dirinya menyimpan kisah cinta dengan aktres Mimi Lana.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia tidak pernah menyembunyikan hubungan rapatnya dengan Mimi. Tambah pelakon drama bersiri 'Mencintaimu Mr. Photographer' ini, dia juga kurang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan saham sesetengah selebriti akan berkurangan sekiranya mereka mempunyai pasangan.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak rasa begitu. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kelompok peminat setia, Skylovers Fans Club yang begitu menghargai dan menyokong kerjaya seni saya. Apa yang saya perhatikan, peminat saya menggemari lakonan yang saya tonjolkan. Mereka yang kekal setia dengan saya adalah mereka yang menggemari lakonan saya.

"Biarpun saya pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, mereka masih menyokong dan berada utuh di belakang saya. Jadi, bagi saya, peminat sebegini merupakan peminat yang berkualiti. Saya juga tak menghalang jika mereka men jadi peminat artis-artis lain juga," ujarnya lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Syafiq Kyle & Mimi Lana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: