20 June 2019

ISU DNA ANAK DIPERTIKAI: "SEMUANYA SELESAI & KAMI SUDAH BERBAIK" - ABAM BOCEY


Individu yang menulis komen berbaur penghinaan terhadap pelawak Abam Bocey di Facebook selepas dia berkongsi berita kelahiran anaknya, Jumaat lalu, nampaknya sudah selesai apabila lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang menggunakan nama Lau Kok Chan di Facebook itu datang ke rumah Abam bersama isteri dan dua anaknya dari Kuala Berang, Terengganu, semalam.





"Alhamdulillah, semuanya selesai dan kami sudah berbaik. Harap semua orang jangan marah-marah lagi. Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya. Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi," katanya.

Sebelum itu, gambar Abam bersama seorang lelaki terbabit tular selepas dimuatnaik adiknya, Syed Ali (Puteh) di laman Instagram miliknya semalam. Abam berkata, perbincangan dilakukan secara muafakat bersama lelaki itu dengan disaksikan ahli keluarganya. Bagaimanapun, Abam enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan mereka dan menganggapnya sudah selesai.

Klik untuk gambar besar


Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Jumaat lalu Sejak isu komen penghinaan ke atas Abam itu hangat diperkatakan, usaha dilakukan untuk menjejaki individu terbabit.

Di atas keprihatinan dan bantuan maklumat diberikan rakan-rakan, Abam berjaya menjejaki 'Lau Kok Chan' walaupun akaun Facebook lelaki terbabit sudah dipadamkan. Sehubungan itu, menerusi perkongsian gambar Syed Ali di Instagram, pelawak dari kumpulan Puteh itu menulis kapsyen berbunyi perbincangan membawa muafakat, terlajak perahu boleh undur terlajak kata tak boleh undur.

Lebih 6,000 warganet yang mengikuti Instagram Syed Ali menyukai foto dimuat naik dan kebanyakannya meninggalkan komen positif dan berunsur nasihat. Rata-rata warganet memandang insiden membabitkan Abam dan individu 'Lau Kok Chan' ini sebagai pengajaran dan berhati-hati menulis komen.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: