20 June 2019

LISDAWATI MINTA CARI WANITA INI - SUAMI BALAS KOMEN: "DIA AMBIL DUIT & LARI"


Menerusi laman sosial Instagram, pelakon Lisdawati telah memuatnaik entri meminta pertolongan pengikutnya untuk mencari seorang wanita bernama Nurul Ashikin Aided. Lisdawati berkongsi foto dirinya bersama Ashikin serta foto kad pengenalan Ashikin di entri Instagram terbabit.





"Rasanya ada tak sesiapa kenal dengan wanita ini, please DM saya please... URGENT. Saya nak ajak bincang cara baik. Dulu datang jumpa saya mulut manis sampai datang rumah beberapa kali, jadi kita settle manis-manis ye," tulis Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 41.

Biarpun tidak menyebutkan sebab mengapa dia mahu mengesan wanita tersebut, komen yang ditinggalkan oleh suami Lisdawati, pelakon Fauzi Nawawi seakan menjawab persoalan terbabit: "Dia ambil duit dan lari," jawab Fauzi sebagai membalas komen salah seorang pengikut Instagram Lisdawati.

Di ruangan komen, peminat pelakon filem 'KL Menjerit' ini mendoakan agar usaha Lisdawati yang mendirikan rumah tangga dengan Fauzi pada 9 September 2007 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta itu mencari wanita terbabit dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro gempak & Instagram Lisdawati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: