20 June 2019

"JIKA DIA NAK RUJUK SEMULA, SAYA TETAP TAK MAHU" - BEKAS ISTERI RADHI OAG


Vokalis kumpulan OAG, Radhi sebelum ini meluahkan hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri selepas melafazkan cerai terhadapnya pada 25 Mac lalu. Namun, Shahira Ayu atau lebih mesra dipanggil Ayu, 25, itu memberitahu yang dia nekad dengan keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa suami.





"Selepas daripada itu (lafaz cerai), dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya nekad dengan keputusan ini. Jika dia nak rujuk semula, saya tetap tak mahu. Saya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa dia," jelas Ayu.

Mengakui hubungan rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu berdepan masalah dan mereka kini tinggal secara berasingan sejak 25 Mac lalu, Ayu bagaimanapun enggan menjelaskan punca masalah yang dialami kerana beranggapan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ayu yang berkahwin dengan Radhi pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3, itu berkata dia dan radhi sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya pada 3 Jun lalu dan kes mereka akan dibicarakan dalam masa terdekat.

"Saya dan Radhi sama-sama ke mahkamah pada 3 Jun lalu untuk memfailkan perceraian kami. InsyaAllah dalam masa terdekat ni kami perlu ke mahkamah untuk sebutan perceraian. Saya harapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Radhi," ujarnya yang turut memberitahu dua orang anak mereka buat masa ini masih berada di bawah penjagaannya dan Radhi sentiasa dibenarkan untuk bertemu dengan mereka pada bila-bila masa.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: