20 June 2019

IBU SELAMAT DIKEBUMIKAN: "SAYA RASA TENANG KERANA SEMPAT BERBAKTI..." - MAWI


Jenazah ibu kepada penyanyi dan pelakon Mawi, Ramlah Sarlan, 72, yang meninggal dunia pada pukul 8.10 malam semalam itu kini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Taib Andak, kira-kira pukul 10 pagi tadi bersebelahan pusara arwah bapanya, Ani Ahmad. Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang turut sempat mengimamkan solat jenazah ibunya itu berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian wanita itu yang disifatkan sangat mudah dan lancar.





"Saya rasa sangat tenang kerana sempat berbakti kepada ibu sepanjang hayatnya. Dia sakit sudah lama tapi tidak terlalu serius. Bagaimanapun dia dimasukkan ke hospital kira-kira 11 hari lalu akibat jangkitan kuman pada darah, paru-paru dan hati. Dia tidak menunjukkan kesakitan malah tidak pernah mengerang atau mengeluh selama ini.

"Doktor membenarkannya pulang semalam dan keadaannya kelihatan seperti semakin baik. Bagaimanapun, menjelang Maghrib keadaannya berubah menjadi nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.10 malam di sisi ramai ahli keluarga," kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38.

Klik untuk gambar besar


Kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan dan penduduk kampung hadir pada majlis pengebumian itu termasuk isteri Mawi, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 40. Pada 2006 Mawi kehilangan bapanya, Ani Ahmad, 66, akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

"Saya dapat berita kematian arwah mak saya pada malam tadi ketika saya dan isteri, Ekin serta keluarga bersiap untuk pulang ke kampung. Anak buah saya telefon mak sudah tidak ada (meninggal) dan kami terus bergegas pulang ke kampung," jelas pelakon filem 'Munafik 2' yang reda dengan pemergian insan tersayang.

Mawi memberitahu, ibunya yang menghembus nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Taib Andak itu sebelum ini sudah dimasukkan ke Hospital Kulai sejak hari raya kelima namun dibenarkan pulang tengah hari semalam sejurus kesihatannya stabil.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: