14 June 2019

AZWAN ALI: "AKU BANYAK BUAT SALAH, DOSA... AKU MINTA MAAF PADA KAU MIN"


"Peminat ada tanya saya tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ini. Banyak kali juga mereka tanya sampailah dah raya sekarang. Di hari bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap, Min selama ini aku banyak buat salah, buat dosa pada kau.





"Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min. Sebelum ini begitu keras hati, tapi orang tak tahu apa yang dilalui kami adik beradik. Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.

"Sebab bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan... ibarat air yang dicincang tak akan putus," demikian kata selebriti dan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada abangnya, Azmin Ali sempena bulan Syawal yang mulia ini setelah sekian lama bersengketa.

Klik untuk gambar besar


Jelas Azwan, permohonan maaf yang dilakukan bukan hanya kerana menteri itu adalah abang kandungnya, sebaliknya turut mengenangkan didikan kedua orang tua mereka. Dalam pada itu, Azwan berharap permohonan maaf secara terbuka itu dapat diterima baik, selain keikhlasannya tidak dipertikaikan ramai. Azwan yang berhijrah ke London sejak Febuari lalu berkata, beliau dengan hati terbuka mahu bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi berjumpa dengannya untuk memohon maaf dan bersalaman.

"Hati yang terdetik untuk berbaik-baik ini baru saja hendak bermula, maka berikanlah saya masa. Mohon semua pihak tidak mengecam saya, sebaliknya mendoakan yang baik-baik. Saya tahu dia sibuk. Cukup lah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya. Tapi sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa saya, saya sedia dengan hati terbuka," tuturnya.

Sebelum ini, ramai menyedari ketegangan hubungan mereka adik-beradik, susulan beberapa serangan peribadi dibuat Azwan melalui media. Apa-apapun, kami harapkan niat murni Azwan untuk berbaik semula dengan abangnya dipermudahkan, apalagi pada ketika ini kontroversi panas melanda keluarganya. Pasti Azmin amat memerlukan sokongan keluarga tercinta.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: