14 June 2019
"HENTIKAN PERBALAHAN" - ERRA FAZIRA MOHON MAAF, AKUI KESILAPAN
Sehingga kini menjadi tanda tanya peminat berhubung apa permasalahan yang timbul diantara dua sahabat baik, Datin Sri Umie Aida dan Erra Fazira yang beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin. Tapi kini, Erra akhirnya tampil membuka mulut mengenai kemelut tersebut.
Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu. Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku.
Pada masa sama, jelas Erra lagi, sudah lama Umie memendam rasa mengenai perkara ini juga pernah memberikan kiriman mesej kepadanya. Dengan pengakuan dari pihaknya, Erra mengharapkan dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuatnaik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Malah timbul juga soal duit haram, pun begitu hingga kini kedua mereka tidak menyatakan secara jelas.
Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya. Apapun, kami berharap hubungan Umie dan Erra dapat dijernihkan kembali dan bermaafan semula sempena bulan Syawal yang mulia ini. Semoga tiada lagi perbalahan timbul diantara mereka.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Erra Fazira & Umie Aida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment