14 June 2019

BILA ISMAIL IZZANI TAYANG KERETA MERCEDEZ BENZ CLA 200


Waahhh... memang bertuah badan jika umur masa muda sudah mampu memiliki kereta mewah. Begitulah halnya dengan penyanyi Ismail Izzani yang berkongsi di laman sosial dimana dirinya bakal memiliki Mercedes Benz CLA 200 di usia 19 tahun. Melihat kapsyen pada entri tersebut, Ismail dengan nada bergurau bertanyakan peminat untuk membawa berjalan dengan kereta mewah itu.





Malah menerusi portal hiburan lain pula, memaparkan penyanyi muda sempat memuatnaik video ketika menguji pandu kereta mewah berkenaan sebelum membelinya. Untungnya semuda itu sudah memiliki kereta mewah! Bagaimanapun di ruangan komen, pelbagai reaksi timbul melihat Ismail yang masih muda sudah membeli kereta mahal dan ada seakan tidak percaya.

Ada juga yang sempat menyindir mungkin Ismail berjaya memiliki kereta tersebut kerana ibu bapanya adalah orang berada. Apapun tahniah diucapkan kepada Ismail yang mampu membeli kereta mewah pada usia yang masih muda. Semoga ia dapat menjadi semangat buat Ismail untuk terus berkerja keras di masa akan datang! Siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki seseorang itu kan? Mungkin yang komen itu cemburu dengan kejayaan Ismail. Kepada Ismail, teruslah bekerja keras dalam industri hiburan dan buktikan anda boleh lebih maju lagi.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: