14 June 2019

TAK NAK 'PISANG BERBUAH 2 KALI' - JOY REVFA PILIH RAHSIA IDENTITI KEKASIH


"Memang benar saya sedang mengenal hati budi seseorang. Namun biarlah orang ramai berteka-teki mengenai identiti lelaki itu. Buat masa ini, saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai dia sebab saya pernah melalui pengalaman pahit dan tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.





"Kalau ada netizen yang teka lelaki itu seorang pelakon drma atau bukan, terpulang kepada mereka," kata usahawan kosmetik, Joy Revfa yang mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang lelaki namun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, berkata dia enggan berkongsi mengenai kekasihnya kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Joy diminta mengulas berhubung foto dengan kapsyen yang memberi bayangan mengenai sebuah majlis merisik sedang berlangsung di kediamannya pada Rabu.

Bagaimanapun, menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu, Joy menutup wajah lelaki tersebut. Rata-rata netizen mendakwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi drama seperti 'Split' dan 'Syurga Bukan Percuma' iaitu Fahmy Reza.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Joy memberitahu kedua-dua pihak keluarga mereka sudah lama mengenali satu sama lain. Namun, Joy dan lelaki itu bertemu semula beberapa bulan yang lalu tanpa menyedari mereka pernah berkawan sejak kecil.

"Saya kenal dia beberapa bulan yang lalu tapi rupa-rupanya keluarga saya dan dia adalah kenalan rapat ketika kami masih kecil. Kami pun tak menyedari sebab muka masa kecil lain dan bila besar ni tak perasan wajah dah berubah.

"Jadi, lebih mudah untuk kami mengenali lebih rapat memandangkan kedua-dua belah keluarga baik," ujarnya yang sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun yang sama. Terdahulu, Joy juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: