14 June 2019

RESPON ISU UMIE AIDA - ERMA FATIMA DIANGGAP 'KEBUDAK-BUDAKAN'


Baru-baru ini menerusi ruangan komen, pengarah dan pelakon Erma Fatima telah memberi respon berhubung isu adiknya, pelakon Datin Seri Umie Aida yang membuat luahan perasaan di laman Instagramnya awal minggu lalu selepas dikhianati sahabat baik sendiri. Pelbagai spekulasi timbul sehingga nama seorang aktres disebut-sebut warga net walaupun Umie tidak pernah menyatakan nama 'sahabat' itu.





Pagi tadi, Umie telah memuatnaik sebuah lagi posting dan telah mendapat perhatian kakaknya sendiri yang pada mulanya hanya membuat teguran secara umum supaya menjadikan perkara yang berlaku kepada Umie sebagai pengajaran. Erma turut berpesan jika mahu hidup senang, carilah hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat.

Bagaimanapun respons tersebut telah dianggap sebagai kebudak-budakan oleh seorang warga net dan mengundang rasa kurang senang Erma yang disokong oleh pengguna laman sosial lain. Mereka menganggap komen ditinggalkan @haizaron_barin itu sebagai kurang sopan dan berkemungkinan menggunakan akaun palsu. Dalam pada itu menjawab komen pengguna warga net yang lain, Erma menegaskan dia bukan bersikap kebudak-budakan, tetapi tidak boleh berdiam lagi kerana perkara yang berlaku kepada Umie sudah berlarutan dua tahun

Klik untuk gambar besar


"Maaf, saya bukan nak jadi budak-budak. Saya punya isu pun saya tak pernah masukkan dalam IG sebelum ini, tapi saya tak boleh tahan bila perkara ini dah berlaku dua tahun. Dah mohon maaf tapi masih buat. Dibodoh-bodohkan adik saya. Masih tak nak mengaku. Bila kita kata nak keluarkan semua bukti baru nak menggelabah. Saya pun tak minat nak main game sosial media ni, tapi orang tu meminta....," tulisnya.

Dalam respon paling awal Erma kepada posting Umie, selain menasihatkan adiknya itu dia turut menganggap pelakon 'Dukun' itu memiliki 'sahabat' kelakar: "Dah terang lagi nak bersuluh pulak cik Umie Aida. Sudah-sudahlah, Allah dah tunjuk segalanya... Kau dah nampakkan terang-terang yang mana sahabat, yang mana musibat. Apa sangatlah erti sebuah persahabatan untuk digadaikan demi kesenangan yang diimpikan. Kelakar kawan hang ni," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: