29 June 2019

'CURI-CURI CINTA' DRAMA NO. 1 TAHUN INI, PEROLEH 7.5 JUTA JUMLAH TONTONAN


Drama dalam slot MegaDrama di Astro Ria, 'Curi-Curi Cinta' yang disiarkan sejak 29 April yang lalu itu telah berjaya memperoleh 7.5 juta jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun ini. Drama ini telah berjaya mencuri tumpuan dan meniti di bibir kalangan peminat drama Melayu sejak ia disiarkan.





Drama adaptasi novel itu mempamerkan gandingan mantap pasangan Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama, turut dibantu dengan kehadiran Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah dan Farisha Irwayu.

Dengan menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tempoh yang kompetitif, Curi-Curi Cinta juga berjaya meletakkan ia di kedudukan tontonan tertinggi semasa musim perayaan itu. Sementara itu, di platform digital, drama popular ini juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.

Malah, soundtrack rasmi drama bertajuk 'Terlalu Memuja' yang dinyanyikan Wany Hasrita turut menjadi permintaan untuk dimainkan di stesen radio EraFM. Ia setakat ini memperoleh 3.6 juta tontonan di laman YouTube.


www.myartis.com / Sumber: Astro Awani & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: