29 June 2019

ISU JUMPA PEGUAM - ISTERI FIZO AKUI, ENGGAN KONGSI LEBIH LANJUT


"Sebelum ini memang saya ada rujuk pada pejabat agama, peguam dan pakar motivasi perkahwinan untuk mendapatkan nasihat mengenai isu rumah tangga kami," demikian akui ahli perniagaan yang juga isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim, 30, berhubung dirinya mendapatkan khidmat nasihat peguam mengenai isu rumah tangga dialami.





Bagaimanapun, Mawar tidak berkongsi lanjut tarikh, masa dan lokasi dia berbuat demikian. Mawar ketika dihubungi, sekali lagi memohon maaf kerana belum bersedia memberikan komen mengenai apa yang terjadi. Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo.

Ditanya mengenai luahan hati suaminya di Facebook, kelmarin, yang seolah-olah menggambarkan keretakan rumah tangga dibina sejak enam tahun lalu, Mawar tetap mengunci mulut: "Semua orang impikan kebahagian dalam rumah tangga. Cuma, apa pun yang berlaku biarlah antara suami isteri saja yang tahu. Saya takut komen disalah tafsir. Saya minta maaf sangat, buat sementara tak boleh komen".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Fizo memuatnaik status di Facebook antara lain berkata, menerima apa saja keputusan mahkamah dan memaafkan semua pihak. Menerusi status sama, Fizo mengharapkan doa semua supaya mereka dapat penyelesaian terbaik dalam isu rumah tangga.

Malah, Fizo juga memberi gambaran hubungannya dengan Mawar akan terus baik demi membesarkan anak mereka, Wan Maryam. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, yang kini berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Mawar Karim & Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: