29 June 2019

KEMELUT RUMAH TANGGA - INI KENYATAAN MAWAR KARIM, ISTERI FIZO OMAR


"Pertama kali saya ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk saya meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi saya. Banyak pihak saya perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini saya hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk saya cerita. .

"Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu saya perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.





"Di sini bg saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yang berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yang kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. .

"Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah saya dan fizo sentiasa memberi kan yang terbaik buat Maryam. .

"Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah.

"Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yang terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yang mendoakan yang terbaik buat saya,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian." tulis Mawar melalui IGnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: