13 June 2019

DISERANG ASMA - EZZATY GEGAS BAWA AZWAN KOMBOS KE HOSPITAL


Malam semalam, pelakon Ezzaty Abdullah telah bergegas membawa suaminya yang juga seorang pelakon, Azwan Kombos ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara bagi mendapatkan rawatan selepas mendapat serangan asma secara tiba-tiba dan keadaannya agak teruk. Kata Ezzaty, Azwan memang mempunyai masalah asma sejak kecil.





"Selalunya serangan asma berlaku tidak teruk dan apabila menggunakan pam inhaler, keadaan menjadi baik. Bagaimanapun malam tadi walaupun menggunakan pam inhaler keadaannya tidak berubah, malah menjadi semakin teruk," kata Ezzaty.

Menurutnya, serangan sama juga pernah berlaku kepada Azwan dua tahun lalu, tetapi aktor itu tidak mahu masuk wad: "Tidak semalam, saya berkeras supaya dia mendapatkan rawatan sempurna. Apabila dimasukkan ke hospital, doktor dapat melakukan pemeriksaan lebih rapi membabitkan penyakitnya".

Klik untuk gambar besar


Ezzaty juga melahirkan rasa syukur apabila doktor memberitahu keadaan suaminya baik dan tiada perkara serius berlaku serta kemungkinan boleh pulang dalam masa terdekat. Untuk makluman, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada Julai 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan, Harum Dahlia pada 6 Disember 2017.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen mendoakan supaya Azwan kembali pulih selepas menerima rawatan: "@hafreezadam: Get well soon" - "@shahiskandarmahfuz: Uish what happen..pls get good rest bruh!" - "@haikel_ismail: Get well soon @azwankombos" - "@zulkifliey1970: Alahhh kesian ya..Semoga cepat baik, inshaAllah" - "@yanie91_: Semoga cepat sembuh".










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak, Instagram Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: