13 June 2019

GELAGAT TUNANG ZAHIRAH DI BALIK 'CURI-CURI CINTA' BUAT RAMAI TERHIBUR


"Behind the scenes 😂 susahhh gila nak tahan gelak shoot dengan Aiman ni. Ada je buat lawak. Ira tengah pegang phone sbb buka lyrics incase dia lupa haha! Time scene Danial ckp dia tak nak anak tu Ber-Bin atau Ber-Binti dgn nama dia.. dia boleh tibe2 ckp "aku tak nak anak tu ber bin atau ber binti dgn... ULTRAMAN" Dah lah scene serious... aduh 😅"





"Scene dia paksa Intan cium tangan pun tahaaaaan je gelak .. cm mne Intan tak stress. Anyway, I hope you all enjoyed this drama! Final episode tomorrow! 😭 Missing the CCC team! ❤️," demikian tulis pelakon Zahirah Macwilson yang berkongsi sedutan video di balik tabir drama berkenaan bersempena dengan episod akhir drama 'Curi-Curi Cinta' malam ini dan ia telah mengundang tawa di kalangan peminat.

Semuanya gara-gara gelagat lucu dan spontan tunangnya, Aiman Hakim Ridza yang dikatakan tersasul saat menghafal skrip. Lalu, aktor tinggi lampai itu turut dilihat menyanyi beberapa bait lagu 'Sedetik Lebih' nyanyian asal Anuar Zain bagi menjayakan babak. Situasi tersebut nyata menghiburkan hati Zahirah bersama krew saat babak di dalam sebuah kereta.

Terdahulu, drama 'Curi-Curi Cinta' telah mencetuskan fenomena tersendiri sejak ia ditayangkan menerusi saluran Astro Ria di slot MegaDrama bermula hujung April lalu. Turut sama berlakon di dalam drama rantaian berkenaan ialah Fauziah Nawi, Uyaina Arshad, Talha Harith, Adam Lee dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Zahirah Macwilson


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: