28 June 2019

JOY REVFA BAKAL BERTUNANG - ADAKAH DENGAN FAHMY REZA?


Mengakui bakal bertunang dengan pelakon dan usahawan berasal dari Kuantan, Pahang sebelum penghujung tahun ini, usahawan kosmetik yang juga seorang ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, berkata dia berada dalam fasa bahagia pada masa ini.





"Hari ini saya sangat bahagia. Dari segi persediaan, tak ada lah sangat tapi kami dalam proses merapatkan hubungan kekeluargaan. Saya belum bersedia mendedahkan siapa gerangannya sebab takut 'dicucuk' pihak lain. Saya takut nanti ada orang cuba nak menjauhkan kami," katanya menyifatkan hubungan mereka masih di dalam proses mengenal hati budi.

Bagaimanapun, Joy yang pernah berkahwin dua kali dengan kali terakhir bersama penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun hanya bertahan selama empat bulan itu mengaku mencari imam terbaik yang boleh membimbingnya dan anak serta tidak kisah dengan status lelaki itu sebagai selebriti.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun pernah berkahwin dengan seorang selebriti juga tapi saya anggap ketika itu 'terjodoh' dengannya. Lagipun saya sendiri seorang usahawan dan ramai pengikut, saya tidak kisah mengenali sesiapa pun kerana yang penting ada keserasian bersama," ujarnya.

Joy turut menyifatkan bakal suami terbarunya itu tiada masalah dengan caranya tidak mendedahkan identiti sebenar kepada khalayak. Dalam pada itu, ramai beranggapan selebriti dimaksudkan ialah pelakon Fahmy Reza yang popular menerusi drama 'Dia Semanis Honey' dan 'Biar Aku Jadi Penunggu'.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: