23 June 2019
KEADAAN ALIFF AZIZ - BELLA SEDIH, HARAP NETIZEN TAK TERUS BERI TEKANAN
Berhubung keadaan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang tidak terurus menerusi satu rakaman video yang tular, pagi tadi, Bella Astillah mengakui dirinya sedih serta bersimpati melihatnya. Bella berkata, dia difahamkan, bekas suaminya sedang berdepan tekanan dan kemurungan, serta berharap orang ramai tidak terus memberikan tekanan, biarpun Aliff sering mencetuskan pelbagai kontroversi.
"Dia seperti hilang punca dalam hidup, namun apakah kita harus bersorak gembira dan mempersenda dirinya? Di mana sifat perikemanusiaan kita? Lebih baik kita mendoakan dia kerana kita sendiri tidak tahu apa dan bagaimana kesudahan hidup kita," ujarnya.
Ibu kepada cahaya mata lelaki, Mohamed Ayden Adrean yang berusia dua tahun itu berkata, dia yang bercerai pada 16 Mei lalu dengan Aliff selepas tidak dapat pertahankan rumah tangga yang dibina pada 9 September 2016 itu tidak dapat menahan sebak ketika menghubungi bekas suaminya sejurus tiba dari Melbourne, Australia, awal pagi tadi.
Klik untuk gambar besar
"Apa juga yang terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya. Sebelum berangkat ke Melbourne, baru-baru ini, saya sempat bawa anak bertemu Aliff di Singapura untuk mereka luangkan masa bersama. Saya tidak pernah berdendam, malah sudah memaafkan setiap perbuatannya. Mereka yang dekat dengannya, bantu dan lindungi. Jangan biarkan dia terumbang-ambing dalam mencari erti hidup,” katanya.
Terdahulu penyanyi kelahiran Singapura itu mencetuskan kontroversi lagi apabila gambarnya tidak berbaju mempamerkan tatu yang diukir nama Bella, tular di Twitter, malam semalam. Aliff, bagaimanapun menjelaskan ukiran itu dihasilkan menggunakan inai.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Bella Astillah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment