23 June 2019

LEPAS BERNIKAH LAGI - ALLY ISKANDAR HANTAR FARAH LEE, ANAK PULANG KE UK


Meskipun ramai yang mendoakan Ally Iskandar dan Farah Lee kembali bersatu namun apakah daya jika sudah takdir Allah mereka bukan lagi jodoh apabila personaliti televisyen popular itu kini sudah bernikah lagi. Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum meninggalkan Malaysia.





Dalam foto tersebut, Ally dilihat menghantar bekas isteri dan anaknya sehari selepas melangsungkan pernikahannya semalam. Bukan itu sehaja, selain ditemani keluarga, kepulangan Farah dan anaknya ke negara tersebut turut dihantar isteri baharu Ally.

"Pengantin baru hantar #ommaream balik UK 🙈. First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat 😌. Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay? Kurang sket pressure omma 😌.

Klik untuk gambar besar


"Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar ðŸĪŠ). Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel 😭 Till we meet again taktau again tu bila 😌. [4years10months] #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy #OEbalikMALAYSIA," tulis farah di IGnya.

Semalam, setelah hampir tiga tahun menduda, Ally atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd. Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim. Difahamkan, pengacara yang cukup sinonim dengan program Malaysia Hari Ini (MHI) itu bergelar suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang dengan sekali lafaz beserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

Sebelum ini, Ally berkahwin dengan personaliti media sosial, Farah Lee atau ataua sebenarnya Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Farah Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: