28 June 2019
KES RM200K LESAP - BEKAS SUAMI A. AIDA DISIASAT, TELEFON DIRAMPAS
"Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun pihak kami masih menjalakan siasatan lanjut mengenainya. Kami rampas terlefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya berkaitan transaksi yang dibuat," demikiam jelas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff.
Persoalan individu manakah didakwa rapat dengan penerbit Datuk A. Aida yang melesapkan wang lebih RM200,000 bakal terjawab apabila bekas suami produser itu dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. Noor Azmi berkata, pihaknya berjaya menjejaki individu tersebut iaitu Ariff Aziz, 3, pada Selasa lalu yang merupakan suspek utama kes berkenaan untuk diambil keterangan. Polis turut merampas telefon bimbitnya.
Ditanya adakah kemungkinan Ariff akan didakwa dalam masa terdekat, Noor Azmi memberitahu pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi melengkapkan kertas siasatan: "Selepas itu terpulang kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan susulan".
Pada Rabu lalu, A. Aida, 49, mendedahkan dia kehilangan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya. Sehubungan itu, A. Aida membuat laporan di Balai Polis Taman Bukit Indah, Ampang pada 21 Jun lalu berkaitan kes tersebut.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment