28 June 2019
ISU SUAMI NADYA SYAHERA BUAT UNDI BERCERAI - HAKIM SYARIE TAMPIL TEGAH
"Kalau yang olok-olok boleh menjadi sungguh, benda yang sungguh, lagilah. Ia jelas, tiga perkara tidak boleh menjadi bahan gurau iaitu cerai, rujuk dan nikah. Andai kata gurauan itu dalam bentuk jahil atau terlatah, ia boleh membawa tiga perkara ini untuk menjadi sungguh," jelas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd yang berkata perkara seumpama itu juga tidak patut dijadikan gurauan, apatah lagi melakukan undian secara terbuka.
Undian secara terbuka berhubung isu penceraian di laman sosial tidak wajar dilakukan. Jelasnya, perbuatan seperti itu juga boleh mencalarkan imej individu yang terlibat. Sebelum ini, pelakon Nadya Syahera terkejut dengan tindakan suaminya, Fizul Nawi yang meminta pandangan netizen menerusi kaedah undian di Insta Story berhubung masa depan rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.
Nadya sebelum ini mendakwa usahawan itu tidak pulang ke rumah selama sebulan selain berlaku curang dengan seorang wanita lain. Spekulasi itu mengundang perhatian ramai sejak Jumaat lalu. Atas alasan itu juga Fizul bertindak membuka ruangan undi di Insta Story berhubung perkahwinannya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Astro Awani & Instagram Nadya Syahera
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment