28 June 2019
FATIN AFEEFA: "PALING JARANG KE PUSAT BELI BELAH KLCC..... BANYAK PAHALA SAYA DAPAT"
Pelakon Fatin Afeefa menerusi laman sosial memilih untuk tidak melatah dengan dakwaan menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang sekali lagi yang dianggap fitnah dan menjelaskan dirinya jarang berkunjung ke pusat beli-belah terkenal di ibu kota itu, di mana perlakuan sumbang membabitkannya konon berlaku.
Pelakon berusia 24 tahun itu turut menafikan pernah berkucupan dan berpelukan di tempat awam seperti dipersoalkan netizen. Kontroversi terbaru itu dibangkitkan warganet menerusi ruangan komen video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, sekitar enam jam lalu. Melalui komen itu, Fatin didakwa pernah mengunjungi sebuah kedai di KLCC dan dilihat berkelakuan sumbang dengan seorang lelaki.
"Saya adalah manusia yang paling jarang ke pusat beli-belah KLCC. Tetapi, tidak mengapa kerana lebih banyak fitnah saya terima, lebih banyak pahala yang saya dapat. Menikmati setiap saat dan detik ketika diuji, saya menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan kerja mereka," jawab Fatin terhadap dakwaan warganet di laman sosial Instagramnya, beberapa jam lalu.
Klik untuk gambar besar
Usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' yang pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017 itu berhubung perkara terbabit bagaimanapun tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia ini menjadi perhatian ramai apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang. Kecurangan mereka dikatakan dibongkar sendiri oleh isteri lelaki terbabit menerusi hantaran di media sosial.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita harian & Instagram Fatin Afeefa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment