28 June 2019

TETAP MAHU AMBIL ANAK ANGKAT - ARA MULA JADI PENGASUH DULU


"Perancangan asal nak ambil angkat, tapi mak cakap saya masih terlalu muda. Disebabkan itu, saya mulakan dengan menjadi pengasuh dulu. Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti saya tetap nak teruskan niat ini. Bagi saya, bukan sesuatu yang pelik pun kalau mengambil anak angkat meskipun pada usia muda," ujar penyanyi Ara Johari, 22, yang mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat.





Disebabkan sukakan kanak-kanak, Ara memberitahu yang dia secara sukarela menjadi pengasuh kepada bayi perempuan berusia lima bulan iaitu Siti Nur Aisyah. Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia mula menjaga bayi itu selepas habis tempoh berpantang.

"Bayi ini adalah anak adik kepada Kak Niza iaitu Presiden Kelab Peminat Ara Squad. Ketika masih dalam kandungan lagi saya sudah maklumkan hasrat untuk menjaganya apabila lahir. Apatah lagi ibunya juga bekerja, jadi tidak salah untuk saya menjaga dan menguruskannya. Apabila ibunya pulang kerja baru dia diambil semula.

"Kalau nak tahu, saya memang sukakan kanak-kanak dan ada pengalaman menguruskan budak kecil. Apatah lagi saya ada dua adik lelaki. Ia bukan masalah untuk saya," kata bekas pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) yang baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke-22 dan meluahkan rasa syukur kerana ia kali kedua dianjurkan kelab peminat, Ara Squad.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ara Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: