11 June 2019

KONGSI MOMEN PIKAT HANA AZRAA - NETIZEN MELUAT DENGAN PU ABU


Nampaknya sehingga kini isu berkaitan pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan belum reda apabila sekali lagi dia dikecam teruk netizen selepas berkongsi momen dirinya memikat Hana Azraa dalam sebuah program televisyen. Netizen meluat dengan sikap PU Abu yang terlalu ingin menunjukkan kemesraan mereka di hadapan orang ramai walaupun dihimpit kontroversi.





PU Abu tanpa segan silu bercerita tentang kisah percintaannya dengan Hana, sedangkan ketika mereka dilamun cinta, lelaki itu masih lagi bergelar suami kepada Ain 'Afini. Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil anak pertama mereka kerana memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu. Difahamkan, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu.

PU Abu yang memutuskan untuk menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak pertama mereka selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang punyai seorang anak itu berkata, dia mencuba peluang untuk mengenali Hana selepas wanita itu bercerai dengan bekas suaminya: "Lepas dia cerai, saya memang try dia gila-gila," katanya menerusi sepotong tweet yang dikongsikan pengguna media sosial.

Klik untuk gambar besar


Dalam tweet terbabit, pengguna berkenaan turut meluahkan rasa meluat dengan pendedahan pendakwah itu: "Seriously I tak tengok rancangan ni but from story member. Time tu kau laki orang gila, bine kau pun pregnant. This man is trash forever," tambah pengguna itu lagi.

Entri Twitter yang dimuat naik sejak petang semalam itu terus mengundang rasa jelik dalam kalangan pengguna media sosial: "From the twt macam Abu yang try. I think dia try lepas woman in pic tu cerai (dah jadi janda) so that means this trash dah jalinkan hubungan masa dia berstatuskan suami kepada Ain dan Ain sedang pregnant. Rasa nak carut kat dua2 ni menyampah tengok. Bahagia atas derita orang lain," tulis salah seorang pengguna.

"Ada tengok tadi, pastu dia kata first kenal sebab perempuan tu like gambar dia. Time tu perempuan tu dah kahwin, pastu dia move on. Dah kahwin dengan bini dia, tetibe perempuan tu datang balik. wtf lah laki ni. Boleh kau cerita macam mana nak dapatkan perempuan tu," sahut pengguna lain pula.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: