11 June 2019

"BOLEH TANGGUNG SAYA & KELUARGA..." - BELLA BERANG DIHINA, DITUDUH TAK JAGA EDAH


Didakwa dirinya tidak menjaga edah selepas bercerai dengan bekas suami yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 16 Mei lalu, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, telah menyelar sikap warganet dan berkata, tindakannya keluar bekerja adalah bagi mencari rezeki dan menyara hidup bersama anak, Mohamad Ayden Adrean, 2.





"Saya tidak jaga edah? Kalau awak boleh tanggung saya bersama keluarga, membelikan susu dan lampin pakai buang Ayden, okeylah. Saya boleh duduk rumah berkabung, tapi awak kena 'masukkan' saya duit boleh? Mesti tak boleh kan? Sejujurnya saya keluar bekerja kerana ini adalah rezeki anak.

"Alhamdulillah, Allah berikan rezeki tak putus buat anak Ayden. Bukan bermaksud saya tak pandai jaga edah. Saya masih ada mak dan ayah yang tolong tengokkan saya. Saya juga bukan bergembira atau 'enjoy' saja, tapi saya mahu sara anak. Sebab kalau saya tak bekerja dan buat apa-apa, awak bukan nak tolong saya pun," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video dimuatnaik di laman Instagram (IG) Stories itu semalam, Bella yang muncul dengan lagu raya Jom Raya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkata, semua kerja yang dibuat selepas bercerai itu sudah termaktub dalam kontrak.

"Sebelum terjadi apa-apa (cerai), saya sudah menandatangani kontrak dengan mana-mana IG Shop. Jadi saya kena teruskan kerja. Takkan disebabkan perceraian, tiga bulan saya tak boleh promo? Jadi tak adil untuk mereka," ujarnya.



Menerusi satu lagi status yang dimuat naik, Bella memberi amaran keras terhadap individu terbabit supaya tidak lagi memberikan komen keterlaluan terhadap diri dan keluarganya: "Jika kamu tidak berhenti juga, kami akan ambil tindakan".

Dalam satu perkongsian, Bella yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Ayden Adrean kini berusia dua tahun hasil perkahwinannya dengan Aliff pada 9 September 2016 itu turut mendedahkan individu yang memburukkan dirinya di media sosial. dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berterusan.

"This girl is really something. Dengki dan sakit hari betul dengan saya dan keluar. Tak habis-habis mahu condemned, sis you tiada kerja lain ke selain jaga tepi kain saya. Jaga your family ke, bersedekah ke, tak habis-habis," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: