17 June 2019

KONGSI VIDEO & UCAPAN BUAT ARWAH BAPA - ALIFF SYUKRI BUAT NETIZEN SEBAK


"Selamat hari bapa buat arwah abahku yang tersayang. Walaupun abah dah tak ada, jasa-jasa abah besarkan, sayang dan didik Kri tetap dalam ingatan. Saya ingat lagi duduk dengan abah... pagi-pagi dia akan tolong ibu tiri saya berniaga kuih-muih. Jam 4 pagi dah bangun gentel karipap. Balik, malamnya pula kerja pengawal. Jumpa pun jarang sebab sibuk kerja.





"Apa yang saya nak, pasti dia usahakan walaupun terpaksa berhutang. Kasih seorang bapa pada anaknya. Walaupun bercerai, tanggungjawab pada anak tak lupa tetap datang hantar duit walaupun tak banyak... Jasa dan pengorbanan abah terlalu besar, membesarkan duit dari hasil menorah getah, pengawal keselamatan kilang. Dengan duit abah jadilah saya insan bernama Aliff Syukri hari ini. Sikap sabar abah terlalu tinggi.

"Mudah-mudahan arwah abah selalu dilapangkan kuburnya dan ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh. Mudah-mudahan kita berjumpa nanti abah," ucapan Hari Bapa jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengundang sebak pengikut di Instagram (IG), apabila memuatnaik sebuah video bersama Allahyarham bapanya, Kamaruzaman Kamaludin.

Video yang memaparkan Aliff sedang membeli-belah bersama Allahyarham Kamaruzaman itu telah mendapat lebih 200 ribu tontonan selepas dimuatnaik sejak dimuatnaik semalam. Allahyarham Kamaruzaman menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun pada hujung Februari lalu akibat komplikasi jantung dan paru-paru.


Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: