18 June 2019

ROMANTIKA HIDUP: - LIMA TAHUN RAYA BERDUA, AKHIRNYA RAYA BERLIMA


Dalam rumahtangga, kita pasti mahukan zuriat sendiri untuk menjadi penyeri dalam keluarga. Bagaimanapun, tidak semua daripada kita bertuah memiliki anak sendiri hingga ada yang terpaksa menunggu berpuluh tahun lamanya atau terpaksa mengambil anak angkat.

Bagi pasangan Raihana Kadir dan suaminya, Muhammad Hafiz, mereka tetap berusaha tanpa jemu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Selain berdoa, mereka melakukan pelbagai usaha untuk merealisasikan impian mereka itu dan tetap pasrah jika itu ketentuan Ilahi.

Namun, langit tak selalunya mendung. Doa mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila sesuatu yang indah dan mustahil berlaku.






Malah Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat mereka dengan kehadiran anak-anak kembar mereka yang diberi nama Huda, Harras dan Haris.

"Setelah 5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah.. semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini," ujar mereka di laman sosial.


Photo: Raihana Kadir



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: