18 June 2019

PENYEBARAN MESEJ & FOTO LUCAH - BEKAS ISTERI CHEF FIKREE NAFI ADA KAITAN


Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun bekas isteri Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan iaitu Sharifah Zuriehan didakwa ada kaitan dengan perbualan lucah serta foto bogel melibatkan dua personaliti TV yang tersebar di laman sosial sejak Ahad lalu.





Bagaimanapun, bekas isteri Fikree menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan dia sudah 'move on'. Sharifah menerusi ruangan InstaStory di laman sosial Instagramnya telah memuatnaik penjelasannya berhubung perkara tersebut kepada seorang rakan.

Teman tersebut telah bertanya kepada Zuerihan samada dia individu yang menghantar foto dan perbualan lucah tersebut kepada media. Jawab Zuriehan kepada temannya itu, dia sudah penat mengenai fikir mengenai Fikree dan sudah 'move on'.

Klik untuk gambar besar


"I dah start healing my self and I dah stop nak serabut soal hati... Sekarang nak bangkit balik. So, bukan I yang leak. Jangan dok kata pulak it's me that jahat. Tolonglah bagi ruang bernafas," tulisnya pada paparan skrin menjawab beberapa soalan daripada seorang teman.

Beberapa gambar bogel milik pembaca berita tv swasta yang mula tular itu memaparkan seorang pembaca berita TV berkongsi foto buah dada dan bahagian sulitnya selepas diminta oleh chef selebriti berkenaan. Kedua-dua personaliti TV tersebut berstatus suami dan isteri orang.

Sebelum ini, kontroversi kes curang melibatkan Chef Fikree dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada bulan Ramadhan lalu cukup hangat diperkatakan. Chef Fikree dikatakan curang beberapa kali termasuk bersama seorang personaliti televisyen yang juga berstatus isteri orang.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: