07 June 2019

MAHU JANTINA JADI KEJUTAN - KAKA AZRAFF AKUI BELUM BUAT PERSIAPAN


"Saya dan suami masih tak tahu lagi jantina anak kami yang bakal lahir Oktober depan sebab nak biarkan ia jadi kejutan buat kami berdua. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini saya akan adakan majlis untuk mengumumkan jantina bayi dan waktu tu baru saya akan tahu.





"Sebenarnya ibu mertua saya ada melihat keputusan imbasan tu tapi hanya dia seorang sahaja yang tahu jantina anak saya," demikian kata penyanyi Kaka Azraff yang memberitahu dia dan suaminya, Adam Azriff mahu jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Oktober depan menjadi kejutan buat mereka.

Biarpun hanya ada beberapa bulan lagi untuk bersalin namun Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqah Noor Azraff, 30, yang kini sedang hamil lima bulan itu belum membuat persiapan membeli barang-barang bagi menyambut kelahiran anak sulungnya ini.

Klik untuk gambar besar


Kaka yang bernikah dengan Adam pada 14 Disember tahun lalu selepas dirisik keluarga pemuda itu sebulan sebelum itu berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan persiapan membeli barang-barang bayi memandangkan ia pengalaman pertama buatnya.

"Kalau ikutkan tinggal beberapa bulan sahaja saya akan melahirkan bayi pertama saya ini. Tapi buat masa sekarang, belum ada persiapan apa-apa. Saya dan suami tak beli lagi barang-barang untuk menyambut kelahirannya.

"Yelah, ini pengalaman pertama saya jadi tak tahu nak mulakan beli barang tu macam mana. Tapi, nanti saya akan bertanya pendapat ibu dan ibu mertua. Perlahan-lahan beli barang untuk anak saya nanti," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Kaka Azraff & Adam Azriff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: