07 June 2019

TAHUN INI TERAKHIR SYAWAL 'SINGLE' - FARAH NABILAH BERI 'HINT' BAKAL KAHWIN


Selepas menyatakan hasrat untuk menyambut Syawal terakhir sebagai wanita bujang pada tahun ini, nampaknya pelakon Farah Nabilah seperti memberi bayangan bakal menamatkan status bujang dalam masa terdekat bersama jejaka pilihan hatunya.





"Saya harap ini adalah sambutan raya kali terakhir saya sebagai wanita bujang. Lagipun umur saya sudah 27 tahun. Mak pula macam dah hint-hint. Dia tak tanya saya bila nak kahwin ya... dia terus cakap bestnya kalau ada cucu. Doakan yang terbaik buat saya," katanya.

Farah bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah gerangan calon suaminya itu. Dalam pada itu, pelakon drama 'Halalkan Hati Yang KU Curi' ini menjelaskan soalan tentang jodoh yang diterima tidak memberikan sebarang kesan sebaliknya bimbang akan soalan pemberian duit raya kerana statusnya sebagai seorang selebriti.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah, soalan bila nak kahwin tak beri kesan pada saya. Zaman sekarang ramai sahaja wanita yang sudah 30 tahun dan masih belum berkahwin. Neelofa pun belum kahwin. Soalan seperti itu tidak memberi kesan kepada saya sangat.

"Tapi saya lebih takut dengan soalan duit raya. Orang mengharapkan duit raya lebih sebab status saya seorang selebriti. Siap ada yang tak malu buka sampul di hadapan saya. Untuk itu, saya sediakan RM3,000 untuk duit raya tahun ini," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Farah Nabilah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: