07 June 2019
TAK PERNAH BERKUNJUNG KE RUMAH MADU - ADIRA SELESA TAK AMBIL TAHU
"Saya tidak ada masalah dengannya, tetapi saya lebih memilih untuk tidak ambil tahu akan kehidupannya. Sejak berkahwin dengan Datuk Red saya memang tidak pernah berkunjung ke rumah madu apatah lagi pada Aidilfitri. Saya tidak mahu ambil tahu atau kacau kehidupannya.
"Insya-Allah hubungan kami baik-baik saja dan tidak pernah bergaduh," tutur penyanyi Adira Suhaimi yang tidak pernah berkunjung ke rumah madunya setiap kali Aidilfitri, tetapi katanya, ia bukanlah sebab dirinya tidak berbaik.
Adira yang merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red dan kini sedang hamil anak ketiganya ini berkata, dia lebih selesa tidak mengambil tahu mengenai keluarga madunya itu.
Klik untuk gambar besar
Bercerita mengenai Aidilfitri, Adira memberitahu, dia meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Ranau, Sabah dan nasi adalah makanan wajib yang perlu ada. Katanya, dia serik apabila melalui pengalaman pahit berikutan terlalu banyak makan kuih raya.
"Setiap kali hari raya, nasi adalah makanan wajib yang saya cari. Cukuplah sekali saya melalui pengalaman sakit perut yang teruk akibat terlalu banyak makan kuih raya. Sepanjang hari itu, saya asyik keluar masuk tandas saja sehinggakan tidak dapat ikut keluarga keluar beraya," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Adira Suhaimi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment