07 June 2019

RAJA ILYA & SUAMI BAKAL DIRAIKAN DI MALAYSIA DIJANGKA SEPTEMBER DEPAN


Kedatangan Aidilfitri pada tahun ini pastinya cukup bermakna buat pelakon Raja Ilya kerana meraikannya buat kali pertama sebagai isteri. Menurut Ilya, kini hidupnya sudah lengkap kerana ada suami yang sentiasa menemani di sisi. Aidilfitri tahun ini Ilya dan suami meraikannya di kampung halamannya di Ipoh dan Taiping, Perak.





"Alhamdulillah, saya bertuah kerana Trent suami yang penyayang dan membuatkan hidup saya bahagia. Setiap kali ada masa terluang, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Kami sangat teruja dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung," tuturnya.

Berkahwin dengan Trent Garret di kediaman saudara ahli perniagaan itu di Perth, Australia dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak pada 23 Disember tahun lalu, Ilya ketika ditanya mengenai majlis resepsi mereka di Malaysia pula, memberitahu mengikut perancangan ia dijangka berlangsung pada September nanti.

"Memang impian kami adakan majlis resepsi perkahwinan di sini khusus untuk meraikan rakan rapat, keluarga terdekat dan pihak media. Pada mulanya, saya merancang mahu mengadakannya pada 16 Jun ini di Glam Hall Mercu Mustapa Kamal di Neo Damansara, tapi terpaksa ditangguhkan pada September kerana terikat dengan komitmen kerja," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon berusia 34 tahun itu kini kembali meneruskan aktiviti seninya seperti biasa selepas enam bulan berkahwin dengan ahli perniagaan kelahiran Australia itu. Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini berkata, agenda seninya juga padat sehingga tahun depan.

Menurut Ilya, sebaik selesai majlis perkahwinannya pada Disember lalu, dia terus menyambung penggambaran drama 'Syurgaku Tak Sempurna' musim ke 2 sehingga Mac lalu. Terkini, Ilya terbabit sebagai hos program travelog 13 episod 'Raon Di Bumi Kenyalang, Sarawak' terbitan syarikat produksinya. Program travelogue arahan Muralikrishnan itu bakal ditayangkan di RTM.

"Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon drama dan filem ketika ini. Namun, saya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga kerana suami juga memiliki perniagaan di Australia. Selepas selesai penggambaran drama, baru saya kembali ke Perth dan tinggal di sana selama sebulan.



"Selepas itu, saya kembali ke Malaysia untuk selesaikan skrip telemovie Sayang Ku Mia. Ia juga projek sulung terbitan syarikat saya, Golden Peacock Film Production Sdn Bhd. Selain sebagai hos, saya juga terbabit sebagai penulis skrip travelog ini.

"Ia pengalaman pertama kami suami isteri mengembara berdua sepanjang penggambaran program ini pada Ramadan lalu. Saya juga bersyukur kerana kami disambut baik oleh masyarakat di Sarawak. Kami juga mendapat tajaan penginapan dari beberapa hotel di sana," katanya yang menjelajah ke beberapa tempat di Sarawak seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Bercerita mengenai penggambaran program berkenaan, Raja Ilya berkata, dia berdepan dengan cabaran apabila ia dilakukan dalam bulan Ramadan: "Maklumlah, penggambaran dilakukan dalam cuaca panas terik, di tepi laut dan sebagainya. Mujur, suami yang turut menemani mampu menahan lapar dan dahaga kerana dia sudah biasa berpuasa untuk menurunkan berat badannya sebelum ini".


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: