06 June 2019

LISA SURIHANI & KELUARGA BERAYA DI TANAH SUCI


"Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid2 di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah InshaaAllah Amin.





"Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur. Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak.

"Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin," tutur pelakon Lisa Surihani apabila Aidilfitri tahun ini amat bermakna buatnya kerana berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Melalui perkongsian foto di laman Instagram, kelihatan pelakon filem 'Lagenda Budak setan' itu bersama suami pengarah, pelakon dan penyanyi Yusry Abd Halim, dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne, 2 serta ibu, Siti Amira Ahmad dalam pesawat. Terdahulu, ketika Ramadan, Lisa pernah mendedahkan agar dipermudahkan urusannya pada Aidilfitri namun enggan terlalu memperincikan rancangannya bersama keluarga pada bulan mulia ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: