26 June 2019

MASUK HOSPITAL - BELLA ASTILLAH KATA TAK PERLU RISAU, DIRINYA OKEY


"Kepada yang 'direct message' (dm), kawan-kawan yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih kepada semua. Saya hargai dan terus mendoakan kesembuhan saya. Untuk 'review' pulak, saya minta maaf kerana tidak dapat melakukannya buat masa sekarang. Namun apabila sudah kembali sihat, saya akan terus melakukannya. Saya okey sahaja jangan risau," kata Bella Astillah dalam keadaan suara serak.





Bekas isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ini telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam. Perkhabaran itu disampaikan Bella menerusi Instagram Stories miliknya. Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital. Kami mendoakan agar Bella kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

Bella yang mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun hasil perkahwinannya dengan Aliff yang dibina pada 9 September 2016 sebelum memfailkan permohonan cerai secara baik pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali Aliff tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: