22 June 2019

NAIM DANIEL NAFI KURUS SEBAB AMBIL 'BARANG'


"Saya ada terbaca komen warganet yang membuat spekulasi mengenai berat badan saya turun mendadak. Namun, saya memilih untuk tidak mudah melatah dengan andaian bukan-bukan. Apa yang penting, saya tidak mengambil bahan terlarang untuk menurunkan berat badan.





"Bukan sekadar membahayakan kesihatan, hati ibu juga pasti akan remuk jika saya mengambil 'barang' untuk tujuan berkenaan. Bukan apa, sikap yang terlalu fokus dengan kerja kadang kala menjadi punca saya lupa untuk makan mengikut waktu sepatutnya.

"Mereka yang mengenali saya pasti maklum mengenai sikap saya itu ketika bekerja," demikian kata penyanyi yang kini popular dengan lagu 'Sumpah', Naim Daniel yang menyangkal tanggapan konon dia mengambil bahan terlarang untuk mengawal berat badan.

Klik untuk gambar besar


Kata artis berusia 21 tahun yang turut dikenali sebagai pelakon itu, dia masih waras dan takkan sekali-kali memudaratkan diri sendiri hanya untuk kurus. Bukan sahaja di lokasi penggambaran, tegasnya, ada kala dia perlu dipaksa untuk menjamah makanan ketika berada di rumah.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, ada masanya saya masih disuap oleh ibu untuk makan," ujarnya sambil menguntumkan senyuman dan tampak selesa menapak dalam bidang nyanyian dengan identiti sendiri saat bersaing bersama beberapa artis muda lain seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Naim Daniel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: