22 June 2019
ISU ISTERI DAKWA CURANG - FIZUL NAWI SERABUT, PERJELAS SEKADAR KAWAN
"Hubungan yang terjalin antara saya dan wanita tersebut sekadar kenalan biasa, tidak lebih daripada itu seperti yang didakwa. Mungkin dia cuba nak naikkan nama, tetapi sekarang ini saya yang malu dibuatnya!" tegas suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi yang akhirnya buka mulut terhadap dakwaan berlaku curang bersama seorang gadis Kelantan sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini.
Bekas pelakon dan usahawan itu menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya lelaki berusia 27 tahun menjelaskan, hubungan yang terjalin tak lebih dari sekadar kenalan biasa. Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan portal hiburan sama antara lain, Fizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Md. Nawi itu memberitahu hal tersebut sudah sampai ke pengetahuan keluarga.
"Famili pun tanya apa cerita, mereka ada tanya Kak Bed (isteri) dan dia mahu perempuan tu minta maaf. Perempuan tu bukan sering jumpa saya. Sekali saja lepak ramai-ramai. Cuma dia duduk sebelah saya saja yang jadi kecoh. Sekarang ni mahu mereka selesaikan.
Klik untuk gambar besar
"Bukannya girlfriend, kawan saja. Benda ni jadi kecoh, bimbang nanti famili perempuan tu 'serang' saya dan isteri," katanya yang dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Nadya selama empat tahun itu lagi, dia mengenali gadis berkenaan di Kelantan.
Manakala menerusi satu entri yang dimuatnaik laman Instagram miliknya, Fizul menjelaskan sebab dia tak balik sebulan: "Okay isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di 3 negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu. Memang tak sempat nak balik sebab terlalu busy. Siang berniaga di bazar ramadan malam berniaga pulak di starvilion gong badak memang tak sempat nak balik. Siap2 kemas pun jam 4 pagi malam raya.
"Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja dan kami tak gaduh pun. Tapi bila dah viral jujur aku jadi serabut. Ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. Hingga melibatkan family memang aku jadi tak tentu arah. Memang serabut. Doa baik-baik, saya sayang keluarga terutamanya anak-anak @aleenarose_ dan @dayyanfn," tulis Fizul di laman Instagram.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, MHE Online & Instagram Fizul Nawi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment