06 June 2019

RUMAH DIPUKUL RIBUT - DANNY X-FACTOR BERSYUKUR SEMPAT SELAMATKAN ANAK


"Ia berlaku begitu pantas, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi kuat di luar rumah. Nasib baik saya sempat peluk dan selamatkan anak," demikian kata penyanyi dan pelakon Danny X-Factor apabila sambutan Aidilfitri terjejas apabila rumah keluarganya di Taman Perumahan JPN, Pasir Mas, Kelantan mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.





Menutut Danny ataunama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 39, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan anaknya, Ebrahim Danie yang baru berusia tiga bulan dalam kejadian mengejutkan itu. Cerita Danny lagi, kejadian ribut kencang kira-kira 10 minit itu disusuli hujan lebat. Tambah Danny, beberapa buah rumah di kawasan itu juga turut menerima nasib yang sama.

"Hampir separuh bumbung rumah terbang ditiup angin kencang. Hujan juga lebat, rumah pun dah masuk air hujan. Syukur tak ada siapa yang tercedera. Tapi ada beberapa buah kereta yang rosak akibat terkena serpihan kayu dan bumbung," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: