25 June 2019

SUAMI TANYA PENDAPAT 'NAK KE TAK CERAI' DI IG - NADYA SYAHERA TERKEJUT


"Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di InstaStory dia. Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak cerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah tu.





"Saya pu tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuatnaik itu dalam keadaan dia sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional. Buat masa sekarang ini, saya masih berhubung dengan Fizul melalui telefon sebab saya pun masih isteri dia dan anak-anak perlu diutamakan.

"Tapi saya akan berbincang mengenai masalah kami bila dia balik sini (Kuala Lumpur) sebab sekarang dia berada di Kelantan untuk uruskan perniagaan," demikian kata pelakon Nadya Syahera, 26, yang berkahwin dengan usahawan, Fizul Nawi pada 25 September 2015.

Klik untuk gambar besar


Ibu dua cahaya mata, Aleena Rose (2 tahun) dan Mohammad Dayyan (1 tahun) itu mengakui terkejut dengan tindakan suaminya yang meminta pandangan netizen menerusi kaedah undian di InstaStory berhubung masa depan rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak dan dia tidak mengetahui niat sebenar Fizul memuatnaik soalan tersebut.

Dalam pada itu, Nadya memberitahu dia tidak berniat untuk membuka aib atau menjatuhkan maruah sesiapa namun hanya ingin memberi pengajaran kepada suami dan juga wanita di luar sana yang gemar menggoda lelaki yang sudah berkahwin.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: