25 June 2019

ALIFF AZIZ: "SAYA HARUS TERUS BERDOA SEMOGA ADA PELUANG KEDUA"


"Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya. Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini. Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini.





"Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan. Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami," ujar penyanyi Aliff Aziz yang sekali lagi menyatakan hasrat yang sama iaitu memberikan bayangan dia ingin rujuk semula dengan Bella Astillah.

Aliff akui bekas isterinya itu seorang wanita yang baik dan sudah banyak berkorban, tiada wanita lain yang mampu menandinginya. Sentiasa berada di sisi Aliff saat susah dan senang. Kata Aliff, ketika itu dia tidak menghargai segala pengorbanan Bella dan bersikap angkuh serta mengambil mudah soal perasaan bekas isterinya.

Sudah menjadi lumrah manusia, bila ada tidak dihargai dan kita hanya akan mula menghargai setelah semuanya pergi. Apapun, masih tidak terlambat untuk bapa kepada Mohamad Ayden Adrean itu berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Klik untuik gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Aliff Aziz & Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: