25 June 2019

BILA ELLY MAZLEIN MAHU MAJLIS MERIAH IBARAT NIKAH PERTAMA


Nampaknya pelakon dan pengacara Elly Mazlein tidak sabar ingin berumah tangga sekali lagi apabila memberitahu bahawa dia kini dalam meniti fasa kebahagiaan dan teruja menantikan saat-saat menjelangnya perkahwinan yang dikhabarkan berlangsung pada tahun hadapan.





Elly memberitahu, dia pasti akan berkongsikan berita gembira itu nanti dan akan mendedahkan wajah sebenar kekasihnya itu pada majlis malam berinai kelak. Menurut Elly lagi, dia menganggap perkahwinannya kali ini merupakan kali pertama dan mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.

"Boleh dikatakan saya wanita yang paling bahagia sekarang. Sejujurnya saya rasa tak sabar nak tunggu hari tersebut. Saya sangat teruja untuk perkahwinan kali ini kerana Sephia pun sangat menyayangi dan keluarga pun menerimanya. Benarlah rancangan Allah dan susun begitu cantik.

Klik untuk gambar besar


"Selepas rezeki yang mencurah-curah kini pula dipertemukan pula dengan jodoh yang baik. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian. Saya pasti akan kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan semua. Kita tunggu masa yang sesuai. Mungkin malam berinai nanti saya akan dedahkan wajah sebenar dia.

"Saya anggap ini perkahwinan pertama saya. Apa saja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini. Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baru saja meninggal dunia. Majlis pun dibuat di surau sahaja. Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin lagi," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: